Isnin, 25 Januari 2010

mENGAPA hARUS cINTA

Aish..ngah wat kejer tetiba plak rindu bebenor kat En Shah aku ni.padahal weekend lepas br je berjumpa.
apa pasal la rindu sgt ni, nk wat kijer pon susah, nk study utk intebiu pun susah.terbayang2 je En Shah kat dpn mata..aku kena minyak senyonyong ke ni??En Shah dh calit aku minyak apa2 ke ni?????
ish xleh jd ni, cepat la En Shah abes meeting, dgr sore dia dh cukup la kot, nk ajak jumpa mmg susah la kan, dia dh balik Kuantan, aku plak kat sini...sabar lah hati..

Jumaat, 22 Januari 2010

Intebiu

Sejak 2 menjak ni rezeki kosmate aku mmg murah.(termasuk la aku) student Bac of Forestry Science. Sape ckp amek kos hutan xde kijer?????
Klu aku jmpa bdk2 yg suka pandang hina kos aku, mmg aku nk tenyeh2 je muka budak 2 dgn lumpur dr tanah 'top soil'. biar cantik sket muka depa yg suka pandang semcm je dgn kos aku ni.
mula2 stady dulu, klu kita ada sesi perkenalkan diri, masuk bab kos mmg org pandang sblh mata je kos aku ni.xde la gempak mana sgt.xmcm kos kejuteraan, perubatan, landskap, senibina n bla...bla...bla...
tp aku sgt bersyukur dengan berbekalkan Bacelor Sains Perhutanan yg aku n kwn2 ada, bulan 1 n 2 ni kami ada intebiu utk PERHILITAN n JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA (JPSM)(tempat aku berkhidmat kini). xgiler gembira apa kitaorg sume xsampai selang bape hari ada 2 intebiu dpt.aku 27hb Januari ada intebiu dgn PERHILITAN, 10hb Februari intebiu ngan JPSM plak. majoriti kwn2 aku dpt utk ke2-2 intebiu ni.mmg bersyukur sgt2. dpt xdpt kejer 2 belakang citer, yg penting skang ada 2 intebiu yg perlu kitaorg hadir.Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaNYA kami semua graduan Bacelor Sains Perhutanan mendapat peluang utk menghadiri intebiu. persaingan utk mendptkan jwtn di kedua-dua jabatan hanya di antara kami sahaj.tidak banyak universiti yang menawarkan kos Bacelor Sains Perhutanan ini.UPM satu2nya universiti yang unggul menawarkan kos ini. lg 1 ni UMS, kos diaorg aku xbrape tahu sgt (tp aku xsuka sgt graduan UMS ni, xsebulu la kiranya..gara2 ada 1 bdk graduate UMS kat opis aku yg agak kerek, membuatkan aku agak tidak suka dgn graduan UMS ni, tp bos aku pon graduan UMS, dia ok, baik, cuma bdk sekor (nama dirahsiakan) ni mmg kerek abes.sebab kekerekan dia aku hampir xmenyukai semua graduan UMS).
Mari la kwn2 semua kita memanjatkan kesyukuran kepadaNYA di atas rezeki yg diberikan ini. dpt atau tidak, adalah perkara kedua yg penting kita buat yg terbaik utk intebiu ini.
Alhamdullilah...

Khamis, 21 Januari 2010

Kelahiran Yang Dinantikan

Semalam genap 1thn 6 hari usia ZACK aku. dan semalam jugalah kehadiran insan baru dlm hidup aku dan en shah,V nama diberi.ZACK dah ada teman, walaupun berlainan jantina aku harap ZACK suka, xakan merajuk atau buat hal dgn aku sejak dh dpt sedara baru ni.
agak lama aku menanti kehadiran V dlm hidup kami tidak spt ZACK hanya 3 hari aku menunggu.bersyukur aku V lahir tanpa cacat cela, kehadirannya mmg amat dinanti2kan oleh aku n en shah.ZACK kini tinggal berjauhan dgn aku.kini 'dia' di Kuantan, bukan merajuk kerana kehadiran V, tetapi dia menemani en shah yg kini berseorangan di sana. V buat sementara waktu akan menemani aku buat di sini.
biarpun kehadiran V mengeratkan lagi hubungan aku n En S, aku teramat rindukan ZACK aku.
aku harap xlama lagi ZACK pula akan menemani aku, V pula menemani En S.
Aku harap dlm masa 5 tahun lagi Cik City pula akan menemani kami berdua.

Rabu, 20 Januari 2010

Berkopiah, baju melayu, kain pelikat+menaiki motosikal berkuasa tinggi,kain terselak sampai ke peha

Pagi tadi, kira2 jam 6.25am pagi aku sedang berjalan kaki ke stesyen LRT Sg Besi.
hari masih gelap, tp sejak menjadi warga kota
gelap atau siang semua manusia bekejar2 utk tiba ke destinasi yg dituju tepat pd masanya
aku juga termasuk dlm golongan itu
mencari rezeki di kota bukanlah perkara yg mudah, banyak cabarannya..
apa yg aku merapek ni, jauh tersasar dr tajok..
balik ke pangkal jalan

tiba di suatu simpang tiga, terdengar 1 bunyi enjin motosikal yg agak ganas
wow motor besar
mmg menarik minat aku
sbb aku menyukai motosikal berkuasa tinggi
sedang aku memerhatikan penunggang motosikal itu
keadaan agak gelap
jd aku menjegil2kn mata aku supaya boleh melihat dgn jelas penunggang motosikal tersebut

alamak, batal air sembahyang aku
kurang pahala
tertengok aurat pakcik yg nk g masjid
giler apa pakcik ni, seksi tol nk g masjid
klu pon nk ranggi, p masjid 2 agak2 la
jln kaki ker, lg banayak pahala
ni sexy giler aku tengok..
nsb baik gelap, klu x mau aku...hurmmmmm...

Ahad, 17 Januari 2010

Murahkanlah Rezekiku

Alhamdullillah..
Agak terkejut, kadar denyutan jantung aku mula bergerak pantas..
Terasa seperti mahu terkeluar jantungku..
Aku cuba stabilkan kadar denyutan jantung
Aku mundar mandir di perkarangan pejabat aku
Mungkin kini tekanan darahku mula meningkat
Bukan lagi pada paras normal 95/60 aku tapi entah brape la agaknya

Perkabaran ini agak menggembirakan aku
Sungguh aku xsangka, kerana sumer kwn2 ku senyap
Tiada perkabaran @ sebarang berita dari mereka
Selalunya jika ada panggilan temuduga pasti agak kecoh dan hangat

Terima kasih kepada RAFIZAH kerana beliau memberitahu kepada aku bahawa dia tersenarai panggilan temuduga utk PERHILITAN
syukur aku mendengarnya,
aku pula masa perkabaran dia mendapat temuduga aku berada di Kuantan
aku tidak mengharap mendapat panggilan juga kerana aku tahu aku baru sahaja mendapat jawatan tetap di JPSM, jadi aku hanya berserah kepadaNYA
jika rezekiku aku bersyukur ke hadrat Ilahi

Murahkanlah rezekiku
Pagi ini aku ke pejabat, menyiapkan sedikit kerja
Mengambil peluang, menyemak nama utk temuduga
Alhamdullilah tersenarai
Langkah pertama...

Semoga apa yang di rancang akan terlaksana
Aku harap perkara terbesar dalam hidupku aku berlaku pada tahun ini
Semoga impian kami berdua terlaksana
AMIN....

Jumaat, 8 Januari 2010

Kelam kabut macam lipas

Huh, pagi tadi aku sampai2 je opis igt nk g laminate sumting, br nk balik meja aku terdgr suara pelat memanggil2 nama aku..
nulul..nulul...
aku menoleh, owh bos aku rupanya..

u,ada lagi x maklumat stok tapak semaian?
nk mcm haji punya..
i nk maklumat 2, pagi ni i ada meeting kempen 1juta pokok

dalam hati, alamak xupdate lagi..
yg kat aji 2 bila masa punya data ntah..

ada bos..
jawabku agak lambat..
data 2 ada kat anak buah aku,
aiseh lambat pulak dia datang pagi ni
aku dh xsenang duduk
panas punggung rasanya

agak2 dh nk dekat kol 8 br sampai
wahi, data tapak semaian ada? mr koh nak la, dia ada meeting

apa lagi dpt je pendrive,
aku update apa yg patot
masa nk print la pulak mcm2 hal,
orientation kertas salah, dh bnyk paper aku guna..
geram, time nk cepat ni la mcm2 hal, adoi x analisis lagi
xpela aku hantar jela apa yg aku ada
huh mmg kelam kabut dibuatnya

bos aku siap pesan hantar maklumat 2 kat bilik mesyuarat
apa lagi tgk bos aku dh g meeting lagi la aku xsenang
mmg kelam kabut macam lipas..
lipas yg berlari2 apabila disembur sheltox
akhirnya aku berjaya siapkan data yg bos aku nak..

kelam kabut macam lipas
sudahnya aku tersalah save,
argh....kena buat balik
tp nasib baik aku print dulu sblm save
jd ada la hardcopynya
softcopy ni kena buat semula..
SEMULA
mmg la sape yg sembur sheltox pagi ni????

Rabu, 6 Januari 2010

Akan Aku Ingat

Huh..agak selesa hari ni sbb sumer bos xde n keje2 yg perlu setel hr ni aku dh setel kan pagi td..
Hurm hr ni umor aku dh 25 tahun 3 hari..kejap je pejam celik pejam celik dh suku abad aku bernafas kat muka bumi ni..
terasa baru je berlalu zaman remaja aku, zaman riang ria,zaman skola,zaman xperlu memikirkan masalah2 hidup,zaman yg mmg sgt best..
bnyk kenangan aku kat skola aku 2..
aku mmg sgt sayang skola aku.kerana skola aku la aku berada disini.
titik.


TERIMA KASIH SHAHRUL AZWAN
ms besday aku yg lepas cuti 3 hr sbb new year
jd aku n adik aku berpakat g umah akak aku kat melaka
yela nk buat apa cuti 3 hr beb, busan, igt nk ajak en shah aku g jenjln
tp dia plak nk bw adik2 dia g jln2 jugak
so aku pon mengundur diri n ikot plan adik aku g mlake
aku bkn xnk ikot en shah aku jln2 dgn adik bradik dia
tp aku xnk adik2 dia rs apa yg aku rs bila kita nk keluar bersama family tetiba ada lak org luar nk jln2 dgn fmly kita
klu dh kompem kakak ipar ok la xpe, ni lom ada pape jd aku pon mls la nk join
sbbnya aku slalu rs xbest bila plan2 nk kuar dgn abg n adik aku, abg aku bw gepren dia..aiseh mmg xsuka tol aku.mengganggu privacy adik bradik tol la


berbalik kat besday aku..
mula2 2 mmg sedih sgt.
aku punya la soh adik aku balik awl2 dr mlake sbb nk ajak en shah keluar meraikan ulang tahun aku(mlm 2 pon en shah lewat wish besday, kwn2 aku dh wish siap2 jd ada point majok kat situ)
bila aku call ckp aku dh smpai umah dia bg tau ngah cr barang
hangin 1 badan aku, nape br nk cari barang, apasal xcari siap2 ms aku kat mlake, padahal en shah aku 2 xjd kuar dgn adik2 dia n dia menghabiskan masa berjln seorg diri di sunway
so bole je hr sabtu 2 dia g beli barang
ni aku dh balik, dgn masa yg terhad sblm dia balik kuantan ms 2 la dia br nk cari barang
(point kedua buat aku merajuk)
last2 aku pon msg dia,
msg org merajok la kn
ckp xyah jmpa sblm dia balik kuantan, siap soh dia hati2 bw moto balik ti
(dalam hati jgn la balik kuantan xjumpa aku,saje je ayat majok 2 ckp xde mud nk jumpa dlm hati gatal nk jumpa sangatttttttt)
pas2 aku tgk xde respond, mmg dr smlm msg aku dia lmbt balas
aish hati aku dh mula curiga, g cari barang ke g dating ni..
smlm g sunway ye ke sorang2 je..
hati dh mula berperang, akal mula menimbang2 segala kemungkinan...
owh hati bersabar la..tahap temperature aku dh mula naik ke tahap maksimum..
bila aku call dia xangkat2, mmg nk kena m*** je la...
last2 panggilan aku dia jawab, aku tny katne
boleh dia jawab kat Bentong
hampes tol,btol2 dia balik kuantan xjumpa aku
mmg sedih la, ms besday aku pulak 2
tetiba la kn dgr la bunyi ketukan pintu
aik..kata td dh kat bentong...

chak!!!!
tada..
itu dia,en shah aku muncul di pintu rumah aku
sambil sblh tangan memegang kotak kek, sblh lagi memegang bunga
alamak syahdu tol, romantik plak rasanya...
hahaha..malu pulak aku marah2 dia td..
lain2 apa yg berlaku rahsia..


nok ko call aku ms 2 aku br nk bahagia2 jap pas perang
tp seb bek aku leh cover ckp aku selesema padahal aku br pas nangis masa 2
en shah mmg xagak2 nk buat suprise kat aku
saje nk buat aku syak wasangka yg bukan2 kat dia
apa2 pon terima kasih banyak2 en shahrul azwan, kamu buat aku terlalu hepy pd hari itu
cukup bermakna
SAYA SAYANG KAMU!!!!














Bunga yg cukup bermakna
putih,pink n red
25 th
saya n en shah