Rabu, 25 November 2009

Biar Gambar Berbicara 3

Hayatilah keindahan Hutan Paya Gambut H.S Pekan, Pahang





Teddy Bear










Jangan disangka air yang tenang












Sayangi Hutan



















1 Warga 1 Pokok
1 Malaysia!!!!

































Sebulan Aku Menghilang

Baru aku perasan rupanya sebulan aku xupdate blog..
lupa aku nk bg tau aku xde sbb aku bekursus selama 1 bln di kepong ( 1minggu)-kelantan (2minggu)-terengganu (1 minggu).
mcm2 cerita ms aku kursus hari 2.
aku g kursus pra perkhidmatan pegawai lantikan baru tahun 2009.
bnyk ko0s n aliran tunai aku tersgt la cair...selama 2 minggu aku kat kelantan, aku dok kat hotel, so fhm2 la camne lajunya aliran tunai aku...selain utk makan+bayaran hotel, aliran tunai aku juga laju sbb tersangat la best membeli-belah kat negeri cik siti wan kembang 2..
aku sambar sehelai kain baju batik, 1 helai sutera china, sehelai lg sepersalinan kain pasang kaler hijau (ketiga-tiga helai kain ni aku dh g anta jahit), 2 helai tudung, 2 toto, dan 3 helai kain batik sarung, jeans....

pengisian kursus ni sgt membantu aku sbg seorg peg baru. wpun kat U dulu aku dh belajar, tp xsemua aku igt..fhm2 la zmn student, study utk exam, abes je exam abes flush keluar apa yg ada.yg igt pon subjek2 yg aku suka je..hahahahah

kat Kepong bnyk dlm dewan taklimat je..cuma hari-hari terakhir kitaorg ke Hutan Simpan Bukit Nanas, Kl..2 pun sbb tajuk kursus hari 2 Forest in the City. Yela hutan ni je satu2nya yg tinggal dlm bandar, tau x hutan ni kek mano?
hutan ni yg ado kek Menara KL la..kitaorg sempat gak la naik Menara Kl dgn kadar harga istimewa. Best dpt jln2 kat Menara dgn 'beliau'. Kira dating gak la 2..kejap je rasanya, pusing2 je dh abes pusing. ada gak la amali Dendrologi kat Gombak. amali ni cam ms zmn aku student jer. mmg aku xbrape suka sgt subjek ni, tp aku wajib blajar benda ni, memandangkan exam utk paper ni pon aku xlulus2 lg.hahahaha..kerja aku pon sgt penting dgn ilmu dendrologi ni.
Tau x apa itu DENDROLOGI???aku ringkaskan dendro ni ilmu pasal pokok la..pengecaman pokok..tgk batang, isi kayu, daun..sumer 2 la..kiranya tgk je pokok dh tau spesies apa..kiranya cam pepatah 'sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betinanya'..kiranya sekali ku pandang batang, sudah ku tahu apakah itu...hahahahahah

di Kelantan aku lepak kat HOTEL AZRA, Machang.(kat arae UiTM)..promote hotel ni, aku rasa pihak hotel kena bagi komisen....
Kursus kat Kelantan mmg bnyk duit keluar, tp xpela duit yang masuk pun banyak..hahahah
Paling aku xleh masuk kat sini ialah sarapan pagi...xpernah sekali pon aku jumpa nasi lemak, roti canai, mee goreng, bihun goreng dsb kat sana..pagi2 je dh mkn nasi putih. lauk mmg mcm2 tp leh kata sumer manis..pelik aku kari dia manis...mmg krem la..so setiap pg apa yg leh msk kat perut aku ialah nasi dagang..
klu hari cuti kitaorg mkn lewat sket jd kitaorg makan ns grng kg/ns grng ikan masin.menu 2 jela aku tukar2. nk order lain xbrani, takot xleh masok dgn tekak aku...
tiap mlm kitaorg lepak kat kedai mkn yg sama..mkn mlm aku pon sama, ns grng kg/ns grng ikan masin.sepanjang aku kat kelantan, xsilap aku aku xpernah mkn nasi berlauk waktu tgh hari, sbb takot masakan dia buat selera aku terbantut..selera makan aku mmg agak cerewet...
waktu mlm ms aku bekursus penglipurlara dlm grup kitaorg ialah EDIVALDO..dia keje kat johor..owh lupa nk bagi tau, grup aku seramai 8 org (3L + 5p) ditempatkan di negeri kelantan. tp yg dok hotel hanya 6 org, 1 org dok kat umah (sbb akak 2 mmg bekerja di Kelantan, anak kecil lagi masih menyusu badan), seorg lagi dok kat umah bakal mak mertua (nk jimat kos sbb br lepas bertunang), jd kitaorg yg xde sape2 kat kelantan ni terpaksa la dok hotel..sob3...
kitaorg (aku+gina+masitah) la yg tukang gelak bila si penglipurlara memulakan penceritaan, tp paduan gelak aku+gina mmg bisa menggegarkan kedai makan itu..kitaorg lepak sehingga kedai makan tersebut nk tutup, so kitaorg la last customer kat kedai 2 n lepak paling lama...aku rasa abg kedai 2 nk halau kitaorg lepak lama2 pon xleh sbb kitaorg mmg slalunya order siap 2 round lg...lupa kat kelantan hari2 pertama kitaorg lepak kat HOTEL GRAND RIVERVIEW..harga mmg superb...mahal, jd kena cari hotel bajet supaya leh idup n bernafas sket kat kelantan n selepas pulang dari bekursus..hari2 terakhir kat kelantan kitaorg dok kat DESTINY HOTEL xsilap aku..kompius la dgn dgn DYNASTY HOTEL.Hotel ni pon ok, ngadap sungai tp bilik aku kat tgh2 hotel, xde tingkap..hotel bajet. baru aku tau kat area sini happening gak waktu mlm..lepak2 kat tepi sg rs pas2 tgk keta sekor2 lalu cam cte fust 2 farious lak..apa2 jela..kiranya klu nk cr hiburan kat kelantan waktu mlm kat area sini la tmpt bestttt....

dari kelantan lalu ke terngganu..kat sini dok asrama..ok la..mkn minum pon disediakan..kat sini kitaorg belajar pasal jentera n cara2 nk tebang pokok. hari terakhir aku tebang pokok..sblm kejadian kitaorg ada amali potong batang jd kecil2, dh reti guna br tebang pokok sbnr..kecut gak, xtau bila ms nk lari..
pengalaman mengendalikan gergaji berantai @ chain saw akan aku post kat entri yg lain..sbb sgt menarik penglaman itu

titik, opis aku pon dh gelap sbb waktu lunch skang..aku igt nk tdo jap...
mata letih...

Biar Gambar Berbicara 2



Ni gambar sewaktu aku wat semakan kat HS Bukit Kinta, Daerah Hutan Kinta Manjung, Perak.


Masa ni aku g 4 org termasuk pemandu. Kat sini jalan nak masuk ke kawasan sgt la teruk. Pacuan 4 roda yang aku naiki hampir terbalik..Mujur xjd apa2. Masa kejadian aku keluar dari kenderaan, sanggup berjalan kaki kerana takot sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Jadi aku lihat kejadian pacuan yg aku naiki sudah senget ke kanan.Alhamdullillah tidak jadi perkara buruk terhadap pemandu aku, jika tidak pasti jenuh aku nk kena jawab dengan pegawai atasan.








Ini lah keadaan jalan masuk yang sudah rosak teruk..Kedalaman lubang dianggarkan kira-kira 5 meter kot..cuba la korang tgk gambar opismate aku sgt kecil berbanding dgn lubang yg terjadi.so pk2 kn la..klu jth kat dlm 2 ssh wo nk kuar...









Pemandangan dari aras 700m apl.



Aku dan pokok





Aku with en kamal.


klu xde ahli team yang lain aku bw en kamal je.tp aku selesa panggil atok, sbb dia pon dh berumur.nk panggil kamal je cam kasar je kn.
ahli yg len ialah k.ani(tiada dlm gambar)
dia la slalu teman aku klu msk utan.sama bahagian dgn aku tp lain seksyen.




Biar Gambar Berbicara 1

Kerana kamu MOK aku tepekkan gambar sewaktu aku bekerja..
Aku bekerja la beb, jd xsempat nk snap gambor yg indah2..sumer gambor yang aku tepek ni adalah gambor utk aku wat laporan..
harap ko suka..
Ni sumer gambar aku masa wat kerja kat HS Tekai, Jerantut, Pahang..





Meniti pokok yang tumbang di kawasan bercerun.agak sukar kerana takot terjatuh..




Aku with My Team.
Dari kiri: BrO, Wahi, Aku, En Awang (my Bos), Azmi n En Zali (Driver)

Belalang kaler coklat yang buat-buat menyamar mcm daun kering.
Tapi kantoi gak dgn aku..



Tahi 'atok' @ gajah..
kat tepi tahi ni aku pon 'melepas' tp jauh sket dr tahi ni la,
asyik tgk kiri kanan je, line clear ke x..kot2 la tetiba 'atok' muncul..





Pandangan dari aras ketinggian 400m..




berjalan kaki ke kawasan kerja





Selasa, 17 November 2009

Malas..Malas...Malas....

Huh..aku sangat bosan sekarang.
Perut dh mula memainkan bisikan biola yg bisa buat jiwa aku tersentap, nyilu, teramat lapar, (konon xnk amek heavy bekpes, nk diet.amek aku sekilo, lapar bangat)

Malas...malas...malas....
Repot dh setel, aku xtahu nk wat apa..
Malas nk semak fail yg nk kena audit...
Padahal kena buat gak 2..wajib..
Tolong aku
Marahi aku
Bagi moral aku up sket

Nk update blog pun aku malas
Ni aku sekadar menulis utk menghilangkan kebosanan
Ingin mencipta dan memanggil mud yg baik utk menyemak fail..

Aku terlalu lapar
Tiada tenaga nk wat kijer
Owh patot la,
bukan malas, xde tenaga rupanya....

Rabu, 11 November 2009

Hutan Paya Gambut

Korang pernah dengan x pasal hutan paya gambut?
tau x apa itu paya gambut???(tny soklan mcm cikgu je kn?)
secara ringkasnya aku leh katakan paya gambut ni mempunyai ekologinya tersendiri(yg penting pacat takde).kiranya kita bole panggil wetland la pasal dia tanah lembap.(kompius aku lembab ke lembap?agak fail penggunaan bahasa melayu aku).kat bawah ni aku citer sket secara ilmiah pasal hutan paya gambut.

Hutan paya gambut boleh diertikan mempunyai tanah yang lebih daripada 65% kandungan organik.Kawasan paya gambut secara amnya adalah kurang nutrien kerana sumber airnya adalah daripada hujan dan oleh itu mempunyai kepelbagaian yang kurang berbanding dengan hutan paya air tawar.
Pemendapan dan pengumpulan gambut kebiasaanya melebihi 50 cm kedalamannya dan rekod
kedalaman yang pernah dicatat adalah 20 m di Kalimantan. Struktur permukaan gambut adalah ianya tegap, berfibrus dan mempunyai satu permukaan luar yang lembut diatas isinya yang lembut yang mempunyai kepingan-kepingan kayu dan sisa-sisa tumbuhan vegetasi yang lain.
Kawasan paya gambut adalah berasid (pH 4 atau kurang) dan nutrien yang kurang terutamanya kalsium.
Kebiasaanya sungai-sungai yang mengalir dari kawasan ini berwarna coklat seperti teh O.
Pembentukan hutan paya gambut bermula di bahagian hulu kawasan paya bakau di mana sedimen-sedimen halus yang dibawa oleh sungai akan terperangkap di dalam akar-akar banir paya bakau.
Selepas sesuatu jangkamasa yang lama, kawasan ini kurang ditenggelami air pasang surut dan kurang masin. Tumbuhan lain akan bertapak dan oleh kerana pengaruh air pasang surut dan kemasukan air tawar yang tinggi, tanah di sini senantiasa ditenggelami air. Mikro-organisma yang mana akan mengurai tumbuhan mati yang tidak dapat hidup di ekosistem ini dengan keadaan tiada oksigen, kandungan sulfat yang tinggi dan menyebabkan pengumpulan bahan-bahan organic. Lapisan gambut ini akan menutupi kawasan paya bakau.

Berdasarkan keterangan kat atas korang dh faham apa itu hutan paya gambut????
Huh knape aku tetibe ilmiah sgt hr ni????bukan ilmiah, tp aku nk citer pasal kerja aku la..

Ok citernya mcm ni..hari ni hari rabu.aku g Pekan,Pahang utk semakan siap kerja kat Kompartmen 99, Hutan Simpan Pekan, Pahang.Mmg mencabar wo bg aku..
Mencabar knape???aku kena mengharungi sungai kat dlm hutan 2,punyala dlm, separas dada aku kedalaman dia..ketaq gak la lutut aku...air dia dh la semcm jer..itam....xnmpk dasar wo..xnmpk pape kat dlm..yg 2 aku takot la, tp sbb air dia tenang aku xbrape takot sgt hanyut, aku reti la renang sket2, harap ilmu renang aku leh selamatkn aku la..
tp yg paling aku seram ialah meniti sungai kat dlm htn 2..dua(2) sg aku kena lintas..dlm jgn ckp la...klu aku terjth mmg xtimbul..test guna kayu sgt dlm wo..ada la 2 1/2 ketinggian aku...ms 2 mmg aku nk nangis dh..give up dh nk melintas..dh la kena meniti atas pokok yg tumbang lak 2..pokok pun alahai 'besar' la sgt saiz dia.bila kwn aku tergelincir aku lg la cuak.sbb kwn aku laki dia cool jela..owh lupa nk bg tau, aku lah sekuntum bunga di kalangan warga team aku ms wat semakan, yg lain2 lelaki(1+6)..jd mmg diaorg xde belas kasihan kat aku...nk x nk aku kena gak meniti sungai yg amat menakutkan aku...

gambar aku meniti x ada kat aku ms ni, ada kat kemera bos aku..dia siap rakam lg...

Ni antara sungai yg aku perlu harungi..walaupun nmpk cam kecil kelebarannya tp kedalamnnya sangattttt la menyeramkan aku...




Ini adalah keadaan aku selepas kuar dr hutan tersebut...aku terpaksa menahan kesejukan utk menukar pakaian..agak xbrani nk tukar pakaian di balik pokok takot kena skodeng...hahahahah

ada lg pengalaman ngeri aku..jumpa tapak kaki/tangan beruang kat pokok...sangat dlm wo..pokok yang kitaorg banci 2 aku agaknya sarang dia sbb byk giler cakaran..
nti gambor cakaran 'teddy bear' aku akan upload kat entri yg lain..xleh nk transfer gambo kat laptop aku ni lak..

sbnrnya aku bnyk citer wo...citer sepanjang aku bekursus 1 bulan (kepong-kelantan-terangganu)..macam-macam ada...
aku dh penat..nk masuk tdo, esk kena masuk hutan lg...nite...