Rabu, 11 November 2009

Hutan Paya Gambut

Korang pernah dengan x pasal hutan paya gambut?
tau x apa itu paya gambut???(tny soklan mcm cikgu je kn?)
secara ringkasnya aku leh katakan paya gambut ni mempunyai ekologinya tersendiri(yg penting pacat takde).kiranya kita bole panggil wetland la pasal dia tanah lembap.(kompius aku lembab ke lembap?agak fail penggunaan bahasa melayu aku).kat bawah ni aku citer sket secara ilmiah pasal hutan paya gambut.

Hutan paya gambut boleh diertikan mempunyai tanah yang lebih daripada 65% kandungan organik.Kawasan paya gambut secara amnya adalah kurang nutrien kerana sumber airnya adalah daripada hujan dan oleh itu mempunyai kepelbagaian yang kurang berbanding dengan hutan paya air tawar.
Pemendapan dan pengumpulan gambut kebiasaanya melebihi 50 cm kedalamannya dan rekod
kedalaman yang pernah dicatat adalah 20 m di Kalimantan. Struktur permukaan gambut adalah ianya tegap, berfibrus dan mempunyai satu permukaan luar yang lembut diatas isinya yang lembut yang mempunyai kepingan-kepingan kayu dan sisa-sisa tumbuhan vegetasi yang lain.
Kawasan paya gambut adalah berasid (pH 4 atau kurang) dan nutrien yang kurang terutamanya kalsium.
Kebiasaanya sungai-sungai yang mengalir dari kawasan ini berwarna coklat seperti teh O.
Pembentukan hutan paya gambut bermula di bahagian hulu kawasan paya bakau di mana sedimen-sedimen halus yang dibawa oleh sungai akan terperangkap di dalam akar-akar banir paya bakau.
Selepas sesuatu jangkamasa yang lama, kawasan ini kurang ditenggelami air pasang surut dan kurang masin. Tumbuhan lain akan bertapak dan oleh kerana pengaruh air pasang surut dan kemasukan air tawar yang tinggi, tanah di sini senantiasa ditenggelami air. Mikro-organisma yang mana akan mengurai tumbuhan mati yang tidak dapat hidup di ekosistem ini dengan keadaan tiada oksigen, kandungan sulfat yang tinggi dan menyebabkan pengumpulan bahan-bahan organic. Lapisan gambut ini akan menutupi kawasan paya bakau.

Berdasarkan keterangan kat atas korang dh faham apa itu hutan paya gambut????
Huh knape aku tetibe ilmiah sgt hr ni????bukan ilmiah, tp aku nk citer pasal kerja aku la..

Ok citernya mcm ni..hari ni hari rabu.aku g Pekan,Pahang utk semakan siap kerja kat Kompartmen 99, Hutan Simpan Pekan, Pahang.Mmg mencabar wo bg aku..
Mencabar knape???aku kena mengharungi sungai kat dlm hutan 2,punyala dlm, separas dada aku kedalaman dia..ketaq gak la lutut aku...air dia dh la semcm jer..itam....xnmpk dasar wo..xnmpk pape kat dlm..yg 2 aku takot la, tp sbb air dia tenang aku xbrape takot sgt hanyut, aku reti la renang sket2, harap ilmu renang aku leh selamatkn aku la..
tp yg paling aku seram ialah meniti sungai kat dlm htn 2..dua(2) sg aku kena lintas..dlm jgn ckp la...klu aku terjth mmg xtimbul..test guna kayu sgt dlm wo..ada la 2 1/2 ketinggian aku...ms 2 mmg aku nk nangis dh..give up dh nk melintas..dh la kena meniti atas pokok yg tumbang lak 2..pokok pun alahai 'besar' la sgt saiz dia.bila kwn aku tergelincir aku lg la cuak.sbb kwn aku laki dia cool jela..owh lupa nk bg tau, aku lah sekuntum bunga di kalangan warga team aku ms wat semakan, yg lain2 lelaki(1+6)..jd mmg diaorg xde belas kasihan kat aku...nk x nk aku kena gak meniti sungai yg amat menakutkan aku...

gambar aku meniti x ada kat aku ms ni, ada kat kemera bos aku..dia siap rakam lg...

Ni antara sungai yg aku perlu harungi..walaupun nmpk cam kecil kelebarannya tp kedalamnnya sangattttt la menyeramkan aku...




Ini adalah keadaan aku selepas kuar dr hutan tersebut...aku terpaksa menahan kesejukan utk menukar pakaian..agak xbrani nk tukar pakaian di balik pokok takot kena skodeng...hahahahah

ada lg pengalaman ngeri aku..jumpa tapak kaki/tangan beruang kat pokok...sangat dlm wo..pokok yang kitaorg banci 2 aku agaknya sarang dia sbb byk giler cakaran..
nti gambor cakaran 'teddy bear' aku akan upload kat entri yg lain..xleh nk transfer gambo kat laptop aku ni lak..

sbnrnya aku bnyk citer wo...citer sepanjang aku bekursus 1 bulan (kepong-kelantan-terangganu)..macam-macam ada...
aku dh penat..nk masuk tdo, esk kena masuk hutan lg...nite...

2 ulasan:

  1. Tahniah! Anda hebat kerana berani menceburi bidang kerja suatu masa dahulu diuruskan oleh orang lelaki. Teruskan usaha murni anda tersebut. Didoakan anda berjaya jua...

    BalasPadam